pay per click advertising Jawatan Kosong : Lembaga Koko Malaysia (kota Kinabalu) - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :
Home » , , , » Jawatan Kosong : Lembaga Koko Malaysia (kota Kinabalu)

Jawatan Kosong : Lembaga Koko Malaysia (kota Kinabalu)

Penulis : borneosabahjob on Thursday 1 August 2013 | 19:15

PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
(Bil. Kekosongan : 1)
(Penempatan : Ibu Pejabat, Kota Kinabalu)
i. Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
iii. Taraf Jawatan : Tetap
iv. Jadual Gaji : Gred E41

v. Syarat Kelayakan :
a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Ekonomi, Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran, Undang-Undang, Perniagaan Tani atau dalam bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/SRP/PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada Isnin, 12 OGOS 2013 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 7 WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.
(U.P : UNIT PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN)

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat.

Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat Turun Iklan
Muat Turun Borang Permohonan

arahan muat turun : tunggu selepas 5 saat dan klik Skip Ad 

Share this article :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

You need installing adobe flash play to see this.

share

Archive

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas