kami mencari individu Warganegara yang berkelayakan dan berkelulusan merujuk kepada jawatan yang diperlukan.
1. Juru Dandang (Boilerman)
tanggungjawab:-
- mengendali operasi boiler stim di dalam kilang dan memastikan operasi memenuhi prosedur keselamatan
- menjalankan kerja penyelenggaraan boiler stim
- bertanggungjawab ke atas rawatan air untuk kegunaan boiler stim
kelayakan:-
- sijil kelayakan dandang Gred 1
- minima 5 tahun pengalaman kerja di kilang kelapa sawit
2. Pemandu Enjin Gred 1 (engine driver)
tanggungjawab:-
- berpengalaman menyambung (synchronize) gen set dan turbin
- berpengalaman mengendalikan keselamatan dan operasi dandang (boiler) akan diberikan keutamaan
kelayakan:-
- sijil Internal Combustion Gred 1
- minima 5 tahun pengalaman bekerja di ladang kelapa sawit
3. Pemandu Enjin Gred 2 (engine Driver)
tanggungjawab:-
- berpengalaman menyambung (synchronize) gen set dan turbin
- berpengalaman mengendalikan keselamatan dan operasi dandang (boiler) akan diberikan keutamaan
kelayakan:-
- sijil Internal Combustion Gred 2
- minima 5 tahun pengalaman bekerja di ladang kelapa sawit
4. Chargeman
tanggungjawab :-
- penyelenggaraan Elektrikal
- kerja pemasangan elektrikal fasa 3 dan fasa 1
kelayakan:-
- sijil kelayakan Chargeman AO/A4
- minima 5 tahun pengalaman daripada kilang kelapa sawit/kilang pembuatan dan penyelenggaraan sistem elektrikal fasa 3
5. Konduktor Makmal ( Laboratory Conductor)
tanggungjawab:-
- memastikan operasi makmal dalam kilang kelapa sawit dijalankan dengan lancar
- memantau analisa/ujian makmal yang berkenaan dengan proses dan produk kualiti dan melaporkan kepada penyelia kilang mengenai masalah dalam proses pengilangan.
- menyelia aktiviti yang melibatkan pengangkutan/penghantaran minyak kelapa sawit mentah dan isirung kelapa sawit, di samping memastikan produk kelapa sawit mematuhi keperluan kualiti yang ditetapkan.
- menjalankan pengiraan dan penilaian stok untuk minyak kelapa sawit mentah dan isirung kelapa sawit
- bertanggungjawab atas penyimpanan dan penggunaan bahan kimia dan perkakas dalam makmal kilang
- bertanggungjawab atas pencontohan dan penghantaran efluen terawat kilang ke makmal bebas untuk analisa/ujian bulanan
kelayakan:-
- berkelayakan SPM/MCE atau berpendidikan sekolah menengah atas
- minima 5 tahun pengalaman dalam menjalankan analisa/ujian makmal dalam kilang kelapa sawit
- berkeupayaan untuk menyelia operasi harian makmal kilang kelapa sawit
- kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah/isu yang berkenaan dengan proses dan produk kualiti dalam kilang kelapa sawit.
6. Mekanik Kenderaan (Vehicle Mechanic)
tanggungjawab:-
- memastikan semua kenderaan ringan dan berat dalam kilang diselengara dengan baik
- berkeupayaan untuk mengatasi masalah dan menjalankan kerja pembaikan berkenaan dengan penyelenggaraan kenderaan dalam kilang
kelayakan:-
- minima 5 tahun pengalaman dalam penyelenggaraan, pemasangan dan membaiki jentera/mesin dalam kilang kelapa sawit
- umur 25 -30 tahun
- graduan sekolah teknikal dan vokasional diggalakan memohon.
calon-calon yang berminat dipelawa untuk menghantar permohonan berserta butiran lengkap peribadi, gaji yang diperolehi sekarang dan jawatan dipohon serta sekeping gambar pasport.
tarikh tutup pada 7 Julai 2013. Hantar kepada:
Administration Manager
Genting Plantations Berhad
Wisma Genting Plantations
KM 12, Jalan labuk, 90000 Sandakan
P.O Box 901, 90710 Sandakan
Fax: 089-673979, Email : raymond.ho@genting.com
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.