pay per click advertising Kerja Kosong : Universiti Malaysia Sabah - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :

Kerja Kosong : Universiti Malaysia Sabah

Penulis : borneosabahjob on Monday 23 September 2013 | 00:39


Universiti Malaysia Sabah mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti Berinovatif yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi jawatan-jawatan berikut:-


JAWATAN DAN GRED: Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
BILANGAN KEKOSONGAN: 1
PENEMPATAN: Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan
TARAF JAWATAN: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
ELAUN HARIAN: RM72.00
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan

KELAYAKAN:
Lantikan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Syarat Lantikan:
 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
 Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
 Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
 Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON:

Pemohon hendaklah menyediakan resume terkini dan dikemukakan kepada :
PEJABAT SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN, UMS
88400 KOTA KINABALU
(U/P: UNIT KUALITI DAN KESELAMATAN MAKANAN)

Sila bawa bersama-sama dokumen asal Kad Pengenalan dan semua sijil yang berkaitan semasa menghadiri temuduga. Hanya calon-calon yang layak sahaja yang akan dipanggil temuduga. Semua Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. Tarikh tutup iklan permohonan adalah pada

3 OKTOBER 2013 (KHAMIS) Sebelum JAM 5.00 PETANG
Share this article :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

You need installing adobe flash play to see this.

share

Archive

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas