pay per click advertising Jawatan Kosong Kerajaan : (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :
Home » , , , , , » Jawatan Kosong Kerajaan : (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

Jawatan Kosong Kerajaan : (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

Penulis : borneosabahjob on Tuesday 10 September 2013 | 21:29

 pihak SPA akan melaksanakan urusan pengambilan jawatan kosong kerajaan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia iaitu  Laskar Kelas II Maritim Gred X1.
Laskar Kelas II Maritim Gred X1
(Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)
Jumlah Kekosongan : 100

permohonan secara online sahaja melalui laman web www.spa.gov.my. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan tersebut tidak perlu mendaftar semula. Pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Syarat Kelayakan Laskar Kelas II Maritim Gred X1
aSijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,013.61 ] dan
b)Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
c)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii)Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita.
iii)Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan semasa menarik nafas 86sm (lelaki sahaja);
iv)Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
v)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi)Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.


Jadual Gaji Laskar Kelas II Maritim Gred X1
Gaji Minimum : RM 1,013.61
Gaji Maksimum : RM 2,949.49
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred X1
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan.
Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat.
Mencegah dan menyekat perlakuan kesalahan.
Memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar.
Melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan.
Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah :
Mencari dan menyelamat.
Mengawal dan mencegah pencemaran maritim.
Pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik.
Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan am Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

Tarikh Tutup : 22 September 2013


Share this article :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

You need installing adobe flash play to see this.

share

Archive

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas