pay per click advertising Kerja Kosong : Jabatan Pertanian Sabah - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :

Kerja Kosong : Jabatan Pertanian Sabah

Penulis : borneosabahjob on Sunday 27 October 2013 | 21:01

permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal daripada Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :

Nama jawatan : Penolong Pegawai Pertanian Gred G27
Klasifikasi : Perkhidmatan Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan kekosongan : Tujuh (7) jawatan
Tempat Kekosongan : Daerah/Stesen /Pusat (Jabatan Pertanian ) di seluruh Negeri Sabah

Jadual Gaji : RM 1362.85 - RM 4429.65
kadar Kenaikan gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan:
1. memiliki Diploma dalam bidan pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: Gaji permulaan (Gred G27:P1T6)
dan :
2. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Fungsi Tugas

  • membantu dalam perancangan strategi -strategi pembangunan tanaman pertanian
  • melaksanakan program pembangunan, program pengurusan, program penyelidikan dan program-program jabatan yang lain disamping mengadakan aktiviti pengesanan dan penilaian dari semasa ke semasa
  • menyediakan keperluan sokongan (peralatan, kemudahan dan kewangan) untuk melaksanakan program-program jabatan
  • mengurus dan menyediakan pelaporan yang berkaitan secara berjadual
  • mengurus operasi pengumpulan dan penyimpanan data serta menyelia pengendalian sistem pengurusan data/maklumat
  • melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.


Cara memohon
1. Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja dengan melayari Laman Web SPANS di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/ kemudahan untuk memohon secara on line ada disediakan secara percuma di pejabat:
Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
Peti Surat 10998
88811 Kota Kinabalu

2. salinan sijil-sijil Asal (sijil Lahir, kad pengenalan pemohon.kad pengenalan Ibu Bapa (sijil mati jika berkaitan) / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
3. permohonan yang diterima daripada calon-calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.
4. hanya calon-calon yang layak selepas tapisan temuduga akan dipanggil untuk temuduga.
5. pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas Empat Bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN TIDAK LEWAT ATAU PADA 18 NOVEMBER 2013
Share this article :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

You need installing adobe flash play to see this.

share

Archive

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas