BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
IKLAN DALAMAN
PEMOHON-PEMOHON YANG TERDIRI DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERMINAT ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN BAGI JAWATAN SEPERTI BERIKUT:
PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN (SAMBILAN)
SEMESTER I SESI 2013/2014
( 30 DISEMBER 2013 – 17 JANUARI 2014 )
Gaji Harian : RM34.86 sehari
ITKA : RM 4.13 sehari
Bayaran Insentif Wilayah : RM 8.71 sehari
Jumlah : RM47.70 sehari
Kelayakan :
i. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekurang-kurangnya 4 Kepujian;
iii. Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu pada peringkat SPM;
iv. Perwatakan yang baik, kemas dan berdisiplin; dan
v. Jujur dan amanah.
Keutamaan kepada calon-calon yang:-
i) Bersedia untuk bekerja di luar waktu pejabat ( Sabtu & Ahad );
ii) Sihat tubuh badan untuk melaksanakan tugas;
iii) Boleh bekerja dalam berpasukan.
Pemohonan yang berikut TIDAK dipertimbangkan: -
i) Pelajar ATAU Bekas Pelajar UMS; dan
ii) Kakitangan UMS (termasuk Pensyarah dan Tutor);
iii) Tidak memenuhi mana-mana syarat diatas.
Sesiapa yang berminat, dijemput untuk menghadiri Temuduga Setempat (Walk-in-interview) seperti berikut: -
Tempat : DEWAN KULIAH PUSAT KE-2,
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
Tarikh : 04 DISEMBER 2013 (RABU)
Masa : 9.00 PAGI – 1.00 PETANG
Sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen yang telah disahkan benar bagi Kad Pengenalan, Sijil SPM serta sekeping gambar berukuran pasport semasa menghadiri temuduga. Calon-calon hendaklah:-
i) Tidak memakai selipar atau kasut tidak bertutup;
ii) Memakai pakaian formal;
iii) HADIR 30 minit lebih awal
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.