Borneo Sabah Job adalah bertujuan untuk mengongsikan peluang-peluang kerja yang terdapat dalam tanah air bagi membantu anak-anak muda borneo untuk merebut peluang pekerjaan yang ada dan memajukan diri, keluarga, dan tanah air.
Borneo Sabah Job adalah pilihan anda yang tepat, MENGAPA: ianya di update setiap hari, maka anda akan menjadi orang pertama mendapatkan maklumat terkini jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan
IKLAN JAWATAN KOSONG OGOS 2014 : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ( 25 OGOS 2014)
Penulis : borneosabahjob on Wednesday, 13 August 2014 | 20:56
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan seperti tersenarai. Pemohon boleh mula mengisi jawatan tersebut pada 12 Ogos 2014 (Rabu).
A) SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK
Bil
Jawatan
Gred
Kekosongan
1
Penolong Pegawai Tadbir (Tetap)
N27
1
2
Penolong Pengurus Asrama (Tetap)
N27
1
3
Pembantu Operasi (Tetap)
N11
1
4
Pegawai Penyelidik Sosial (Kontrak)
N41
1
5
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Kontrak)
N17
4
6
Pembantu Penyediaan Makanan (Kontrak)
N17
2
7
Penyelia Asrama (Kontrak)
N17
2
C) SYARAT - SYARAT LANTIKAN
Klik untuk mendapatkan syarat- syarat lantikan bagi setiap jawatan yang ingin dipohon.
D) PANDUAN PERMOHONAN
Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application ini.
Untuk permohonan jawatan kali ke-2 dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula/mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak.
Untuk permohonan jawatan bukan akademik ini, pemohon tidak perlu menghantar sebarang cetakan CV, dokumen permohonan/sijil-sijil hardcopy/fotostat ke UPSI setelah memohon secara online, kecuali jika/setelah diminta berbuat sedemikian.
Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga/perlu menghantar dokumen permohonan dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.
Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
Pemohon juga mesti sentiasa update alamat surat menyurat dan nombor telefon bimbit yang aktif digunakan.
Bagi pemohon yang merupakan kakitangan UPSI (bertaraf tetap/sementara/kontrak) atau Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang sedang berkhidmat di UPSI, permohonan online perlu dibuat menggunakan borang seperti di atas, dan seterusnya pemohon perlu menghantar surat rasmi menyatakan permohonan jawatan kepada Y. Bhg. Dato' Pendaftar. Hanya surat rasmi ini sahaja yang perlu dihantar tanpa perlu menyertakan sijil-sijil atau borang permohonan. Sila nyatakan nama, nombor pekerja, tempoh lantikan (untuk kakitangan bertaraf kontrak/sementara/PSH), jawatan sekarang dan jawatan yang dipohon di dalam surat berkenaan.
Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (En.Mustafa, Cik Norlina, Pn. Norul) / 6338 ( Pn. Murni) / 6340 (En. Nurul Ashikin) atau e-mel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.
E) TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Ogos 2014 (Isnin).
jika anda mempunyai sebarang cadangan bagi meningkatkan mutu persembahan dan perkhidmatan kami, sila ke laman facebook kami dan berikan pandangan anda.
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.