pay per click advertising IKLAN JAWATAN KOSONG OKT 2015 : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :
Home » » IKLAN JAWATAN KOSONG OKT 2015 : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

IKLAN JAWATAN KOSONG OKT 2015 : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Penulis : borneosabahjob on Wednesday 14 October 2015 | 23:14

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan  bagi memohon jawatan-jawatan berikut:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) GRED F29 - (1 KEKOSONGAN)

Kadar Upah : RM72.00 (Sehari) 

Tempoh Perkhidmatan : Tidak melebihi Tiga (3) Bulan


SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan 
jawatan;

2. Memiliki Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan  daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam tempatan atau kelayakan yang  diiktiraf setaraf dengannya;

3. Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.90 ke atas atau yang setaraf  dengannya;

4. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada  peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh Kerajaan; dan

5. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengaturcaraan komputer seperti PHP, NET atau C++.

6. Mempunyai pengetahuan dalam merekabentuk pangkalan data seperti Microsoft  SQL Server atau MySQL.

7. Wajib menduduki ujian pengaturcaraan komputer. Calon-calon yang lulus ujian  sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


2. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) GRED N17 - (3 KEKOSONGAN)

Kadar Upah : RM54.00 (Sehari) 

Tempoh Perkhidmatan : Tidak melebihi Tiga (3) Bulan

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan  jawatan;

2. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada  peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh Kerajaan.
3. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran dan  berpengalaman dalam pengendalian komputer.

CARA MEMOHON:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh  dimuat turun di laman sesawang www.ums.edu.my/ppi ATAU Muat Turun Di sini 

2. Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan dokumen-dokumen  yang disahkan seperti berikut:

a. Salinan Kad Pengenalan;

b. Salinan Sijil Kelahiran;

c. Salinan Sijil Diploma dan transkrip;

d. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia.

3. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:

a. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

b. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;

c. Salinan sijil yang berkaitan tidak disahkan; dan

d. Tidak lengkap atau tidak jelas;

4. Semua permohonan hendaklah disampaikan kepada:


Pengarah,
Pusat Penyelidikan dan Inovasi,
Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu,
SABAH.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23 OKTOBER 2015 (JUMAAT)

6. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Ag. Ismawadi Ag. Jaman, di talian 088- 320000 (Sambungan 1332) atau email ismawadi@ums.edu.my. 


CATATAN AM:

1. Hanya calom-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk  temuduga dan akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau e-mel;
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari  tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya;
3. Sebarang perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini  perlu ditanggung sendiri oleh pemohon.
Share this article :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

You need installing adobe flash play to see this.

share

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas