pay per click advertising Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki / Wanita Tentera Darat - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :
Home » , , , » Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki / Wanita Tentera Darat

Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki / Wanita Tentera Darat

Penulis : borneosabahjob on Monday 9 March 2015 | 04:36

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat lantikan adalah seperti berikut:
1. KELAYAKAN AKADEMIK 
-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan LULUS dalam Bahasa Inggeris. (Calon SPM 2013 & 2014 perlu LULUS subjek Sejarah). 
-Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
-Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau Pembantu Perubatan / Kejururawatan / Jururawat Pergigian/Juruteknologi Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM. 
-Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM.
LAIN-LAIN KELAYAKAN 
* Warganegara Malaysia. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.
* Taraf Perkahwinan. Bujang dan tidak pernah berkahwin (wanita sahaja).
* Kes Polis/Mahkamah. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
* Taraf Kesihatan. Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap.
Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE) iaitu boleh diatur gerak untuk semua tugas-tugas pertempuran di manamana bahagian dunia.
* Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit: kelayakan akademik, ujian fizikal, ujian bertulis (IQ dan Psikologi) serta ujian kecergasan. Kecemerlangan dalam bidang sukan juga diberi keutamaan
  Tinggi : 1.62m 
  Berat 47.5kg 
  BMI (Berat Tinggi Tinggi) = 18-26.9 
    Ukuran Dada Biasa (Lelaki) 76sm
    Ukuran Dada Kembang (Lelaki) 81sm

Sila Hadir Dengan Berpakaian Kemas Di Pusat-Pusat Pemilihan Yang Tercatat Di Bawah : Masa Pendaftaran: 8.00 pagi
26 Mac 2015 :
Sandakan 22 RAMD Kem Sri Kinabatangan 90000 SANDAKAN
28 & 29 Mac 2015 :
Kota Kinabalu MSS Lok Kawi 89580 KOTA KINABALU
31 Mac 2015 :
Tawau Rej 516 AW, Kem Kukusan 91000 TAWAU
Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL dan satu salinan fotostat dokumen-dokumen seperti berikut:
* Kad Pengenalan.
* Sijil Kelahiran.
* Sijil SPM atau Slip Peperiksaan (2014 sahaja).
* Sijil SKM Tahap 2.
* Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
* Dip Kejururawatan – Wajib Lulus Peperiksaan dan Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia – sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
* Sijil Berhenti Sekolah.
* Fotostat Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia.
* Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
* Sekeping gambar terkini berukuran passport.
* Sila bawa bersama ball pen hitam.
* Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul 220mm x 110mm
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2 Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak 
50634 KUALA LUMPUR 
Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258
atau Layari Laman
Web: http://army.mod.gov.my
Share this article :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

You need installing adobe flash play to see this.

share

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas