pay per click advertising JAWATAN KOSONG OKTOBER 2014 : KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :
Home » , , » JAWATAN KOSONG OKTOBER 2014 : KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

JAWATAN KOSONG OKTOBER 2014 : KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

Penulis : borneosabahjob on Thursday 16 October 2014 | 18:37

JAWATAN KOSONG – KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU
PEMBANTU TADBIR (P/O) , N17S (LANTIKAN SECARA SAMBILAN)
Tarikh Tutup : 24 Oktober 2014
Kadar Upah Harian : RM 54.00 sehari
Sukacita dimaklumkan, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu mempelawa calon-calon yang layak  untuk memohon jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17S
Syarat Lantikan :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan 
(d) kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikn komputer dan / atau mengambil trengkas
(f) Lulu enam mata pelajaran termasuk Bahasa melayu dengan dua (2) mata palajaran adalah diperingkat kepujian dan selebihnya dalam satu peperiksaan.

CARA UNTUK MEMOHON
Calon-calon yang berminat boleh memohon dan mengisi borang KKM.SM1/99 Pin 1/2001 yang boleh didapati di
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU
JALAN KOLAM , BUKIT PADANG
88300 KOTA KINABALU
TEL : 088 – 238 640 
NOTA PENTING
Borang Permohonan akan diedarkan di Kaunter Utama, Bahagian Pengurusan pada hari Jumaat, 17 Oktober 2014 mulai jam 830 pagi.
Hanya permohonan yang melepasi ketetapan syarat lantikan dan membawa dokumen asal seperti di bawah sahaja akan diutamakan dalam pemberian Borang Permohonan
1- Salinan kad pengenalan dan Sijil Pelajaran Malaysia
Setelah mendapat borang, sila hantar borang sebelum 24 Oktober 2014
dan sertakan dokumen sokongan seperti berikut :-
a-  Sekeping Gambar Berukuran Passport
b- Salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-Sijil Persekolahan (SPM / STPM / DIPLOMA )
serta lain-lain dokumen yang telah disahkan benar dari salinan asal
c- Butiran Maklumat Peribadi ( Resume)
d- Sijil Komputer serta sijil-sijil berkaitan 


















Share this article :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

You need installing adobe flash play to see this.

share

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas