pay per click advertising IKLAN JAWATAN KOSONG JUN 2014 : JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :
Home » , , , » IKLAN JAWATAN KOSONG JUN 2014 : JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

IKLAN JAWATAN KOSONG JUN 2014 : JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Penulis : borneosabahjob on Sunday 29 June 2014 | 21:20

1. Jawatan : Pegawai Bomba Bantuan
2. Nama Balai : Seperti di LAMPIRAN A.
3. Elaun : Elaun Kehadiran
4. Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(iii) Mempunyai penglihatan yang baik;
(iv) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(v) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
(f) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
(g) Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 km daripada Balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.

Notis Kebenaran daripada Majikan
Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan - Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat seperti di atas atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my

Pemohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat seperti di atas atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran passport,Notis Kebenaran daripada Majikan, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

Alamat Permohonan dan tarikh tutup

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri seperti di LAMPIRAN A.

Tarikh tutup permohonan : 11 JULAI 2014

LAMPIRAN A
BORANG PBB 3
BORANG PBB 4


Share this article :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

You need installing adobe flash play to see this.

share

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas