pay per click advertising 2014 - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :

JAWATAN KOSONG OKTOBER 2014 : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Penulis : borneosabahjob on Friday, 17 October 2014 | 21:57

Friday, 17 October 2014

Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Oktober 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai:

1. Jururawat Pergigian U29
2. Pembantu Belia dan Sukan S17
3. Pengawal Keselamatan KP41
4. Pegawai Teknologi Maklumat F41
5. Pengurus Asrama N41
6. Pegawai Psikologo S41
7. Pegawai Belia dan Sukan S41
8. Juruaudit W41
9. Jurutera J41
10. Juruukur Bahan J41

Tarikh tutup permohonan pada 23 Oktober 2014
Lokasi : Sabah
Sektor : Kerajaan


Iklan jawatan dan syarat permohonan disini

Permohonan jawatan secara online disini




















comments | | Read More...

JAWATAN KOSONG 2014 : LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG ( CAWANGAN KOTA KINABALU )

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Oktober 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai :

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Tarikh tutup permohonan pada 26 Oktober 2014
Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
Sektor : Kerajaan

Muat turun iklan jawatan disini

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan selanjutnya dibawah.

1. Sila kelaman jobsmalaysia, sila klik disini
2. Pada laman muka depan sila klik pada mohon untuk memohon jawatan yang di iklankan.




















comments | | Read More...

JAWATAN KOSONG OKTOBER 2014 : LEMBAGA KOKO MALAYSIA ( CAWANGAN KOTA KINABALU)

Jawatan kosong terkini di Lembaga Koko Malaysia (LKM) November 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Koko Malaysia (LKM) sebagai :

1. Pegawai Penyelidik

Tarikh tutup permohonan pada 31 Oktober 2014
Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
Sektor : Kerajaan

MUAT TURUN IKLAN JAWATAN DAN SYARAT PERMOHONAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN



















comments | | Read More...

JAWATAN KOSONG OKTOBER 2014 : KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

Penulis : borneosabahjob on Thursday, 16 October 2014 | 18:37

Thursday, 16 October 2014

JAWATAN KOSONG – KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU
PEMBANTU TADBIR (P/O) , N17S (LANTIKAN SECARA SAMBILAN)
Tarikh Tutup : 24 Oktober 2014
Kadar Upah Harian : RM 54.00 sehari
Sukacita dimaklumkan, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu mempelawa calon-calon yang layak  untuk memohon jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17S
Syarat Lantikan :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan 
(d) kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikn komputer dan / atau mengambil trengkas
(f) Lulu enam mata pelajaran termasuk Bahasa melayu dengan dua (2) mata palajaran adalah diperingkat kepujian dan selebihnya dalam satu peperiksaan.

CARA UNTUK MEMOHON
Calon-calon yang berminat boleh memohon dan mengisi borang KKM.SM1/99 Pin 1/2001 yang boleh didapati di
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU
JALAN KOLAM , BUKIT PADANG
88300 KOTA KINABALU
TEL : 088 – 238 640 
NOTA PENTING
Borang Permohonan akan diedarkan di Kaunter Utama, Bahagian Pengurusan pada hari Jumaat, 17 Oktober 2014 mulai jam 830 pagi.
Hanya permohonan yang melepasi ketetapan syarat lantikan dan membawa dokumen asal seperti di bawah sahaja akan diutamakan dalam pemberian Borang Permohonan
1- Salinan kad pengenalan dan Sijil Pelajaran Malaysia
Setelah mendapat borang, sila hantar borang sebelum 24 Oktober 2014
dan sertakan dokumen sokongan seperti berikut :-
a-  Sekeping Gambar Berukuran Passport
b- Salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-Sijil Persekolahan (SPM / STPM / DIPLOMA )
serta lain-lain dokumen yang telah disahkan benar dari salinan asal
c- Butiran Maklumat Peribadi ( Resume)
d- Sijil Komputer serta sijil-sijil berkaitan 


















comments | | Read More...

IKLAN JAWATAN KOSONG SEPTEMBER 2014 : SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH ( 22 Septmember 2014)

Penulis : borneosabahjob on Wednesday, 17 September 2014 | 23:42

Wednesday, 17 September 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :


CARA MEMOHON
Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web SPANS di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/ Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS,
Peti Surat 10998,
88811 KOTA KINABALU.

 Salinan sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.

Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN TIDAK LEWAT ATAU PADA 22HB Sept 2014.


















comments | | Read More...

KERJA KOSONG SEPTEMBER 2014 : LEMBAGA LADA MALAYSIA ( SABAH, SARAWAK, SEMENANJUNG)

IKLAN JAWATAN KOSONG


No. Siri Iklan : 12092014
Tarikh Iklan : 12 September 2014
Tarikh Tutup : 30 September 2014

BIL.JAWATANTARAF
JAWATAN
SYARAT
LANTIKAN
SENARAI
TUGAS
LOKASI
PENEMPATAN
BILANGAN
KEKOSONGAN
MEMOHON
1.Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27TetapPaparPaparSABAH1Pohon
2.Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17TetapPaparPaparSABAH1Pohon
3.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17TetapPaparPaparSABAH1Pohon
4.Pemandu Kenderaan Gred H11TetapPaparPaparSABAH1Pohon
5.Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27TetapPaparPaparSARAWAK3Pohon
6.Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17TetapPaparPaparSARAWAK & SEMENANJUNG MALAYSIA11Pohon
7.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17TetapPaparPaparSARAWAK2Pohon
8.Pemandu Kenderaan Gred H11TetapPaparPaparSARAWAK3Pohon
9.Pembantu Awam Gred H11TetapPaparPaparSARAWAK1Pohon
10.Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41TetapPaparPaparSARAWAK1Pohon



















comments | | Read More...

IKLAN JAWATAN KOSONG OGOS 2014 : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ( 17 OGOS 2014)

Penulis : borneosabahjob on Friday, 15 August 2014 | 00:56

Friday, 15 August 2014

Pemohon – pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan bagi kursus kokurikulum yang disenaraikan seperti dalam iklan jawatan. Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukan kepada:

PENGARAH
PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
88400, JALAN UMS
KOTA KINABALU,
NO TEL :088-320 000 (Ext :4106/4105)
NO FAX: 088-320 885

Tarikh tutup penyerahan permohonan ialah sebelum atau pada : 17hb Ogos 2014

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun iklan jawatan kosong dan borang permohonan jawatan.

Iklan Jawatan Kosong Pensyarah/Jurulatih/Demonstrator Sambilan Kursus Kokurikulum Sesi 2014/2015

Borang Permohonan Jawatan Pensyarah/Jurulatih/Demonstrator Sambilan Kursus Kokurikulum Sesi 2014/2015

Teknik Menjawab Soalan Temuduga


Rahsia Resume Superstar Dibongkar


Panduan Memikat - Dapatkan Pasangan Hidup Anda!


TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS





















comments | | Read More...

IKLAN JAWATAN SAMBILAN OGOS 2014 : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (CAWANGAN SABAH)


IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN
SEPTEMBER 2014

1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).
(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
(c) Sihat tubuh badan.
(d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
(e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
(f) Pelajar UiTM / Bekas Pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.
(g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
(h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
2. Taraf Jawatan - Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 24/9/2014 hingga 17/10/2014).
3. Kadar Elaun - RM 4.00 sejam.
4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Unit Peperiksaan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Sabah.
5. Tarikh tutup permohonan : 10/9/2014
6. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Unit Peperiksaan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Sabah sebelum atau pada 10/9/2014.





































comments | | Read More...

IKLAN JAWATAN KOSONG 2014 : CHEF RESTORAN ( KOTA BELUD)

Penulis : borneosabahjob on Thursday, 14 August 2014 | 00:43

Thursday, 14 August 2014

Mengenai Restaurant
Kami menawarkan makanan ala-thai dan cita rasa semenanjung yang dapat memenuhi selera penduduk tempatan serta pelancong luar. Kualiti makanan adalah sangat di titikberatkan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Kami juga menawarkan perkhidmatan catering bagi majlis perkahwinan dan sebagainya. Pelanggan adalah priority utama restoran kami.
Tanggungjawab:
• Mengawasi dan menyelia semua bahagian dapur.
• Bertanggungjawab untuk pengisian semula dan membuat pesanan untuk bahan makanan barang-barang untuk menu.
• Pastikan semua makanan disediakan mengikut Restoran Standard Prosedur Operasi.
• Memastikan kebersihan makanan dan kualiti dipenuhi pada setiap masa.
• Pastikan semua peralatan dapur adalah teratur.
• Memantau dan menyelia prestasi kerja kakitangan Dapur.
• Menjalankan Latihan & Membangunkan kakitangan semua dapur.
• Menyediakan dan jenis variuos memasak hidangan masakan Melayu terutamanya, Barat dan masakan Antarabangsa.
• Mampu untuk mengikuti pesanan.
• Cekap dalam penyediaan makanan.
• Bersedia untuk belajar masakan baru
Syarat Kelayakkan:
• Kelayakan minimum SPM atau Diploma yang diiktiraf dalam Culinary
• Sekurang-kurangnya 3bulan keatas pengalaman bekerja dalam kedudukan yang sama atau setara.
• Pengetahuan luas di dalam bidang operasi dapur dan pentadbiran termasuk kawalan kos.
• Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, interpersonal dan kepimpinan.
• Mesti mempunyai pengetahuan yang luas di berlainan jenis masakan.
• Memastikan semua kakitangan kebersihan diri dan dandanan standard, SOP dan Prosedur Keselamatan dipatuhi.
• Latihan akan disediakan bagi yang kurang berpengalaman.
Gaji RM600-1000
Lokasi Kota Belud Sabah
Pengalaman 3 bulan minimum
Hubungi Mr. Rafi – 0196229957
Pn. Rohaya – 0165219957




Teknik Menjawab Soalan Temuduga


Rahsia Resume Superstar Dibongkar


Panduan Memikat - Dapatkan Pasangan Hidup Anda!


TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS



















comments | | Read More...

IKLAN JAWATAN KOSONG OGOS 2014 : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ( 25 OGOS 2014)

Penulis : borneosabahjob on Wednesday, 13 August 2014 | 20:56

Wednesday, 13 August 2014

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan seperti tersenarai. Pemohon boleh mula mengisi jawatan tersebut pada 12 Ogos 2014 (Rabu).

A) SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK
BilJawatanGredKekosongan
1Penolong Pegawai Tadbir (Tetap)N271
2Penolong Pengurus Asrama (Tetap)N271
3Pembantu Operasi (Tetap)N111
4Pegawai Penyelidik Sosial (Kontrak)N411
5Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Kontrak)N174
6Pembantu Penyediaan Makanan (Kontrak)N172
7Penyelia Asrama (Kontrak)N172

C) SYARAT - SYARAT LANTIKAN

Klik  untuk mendapatkan syarat- syarat lantikan bagi setiap jawatan yang ingin dipohon.
D) PANDUAN PERMOHONAN
  1. Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application ini.
  2. Untuk permohonan jawatan kali ke-2 dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula/mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  3. Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Untuk permohonan jawatan bukan akademik ini, pemohon tidak perlu menghantar sebarang cetakan CV, dokumen permohonan/sijil-sijil hardcopy/fotostat ke UPSI setelah memohon secara online, kecuali jika/setelah diminta berbuat sedemikian.
  5. Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga/perlu menghantar dokumen permohonan dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.
  1. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  2. Pemohon juga mesti sentiasa update alamat surat menyurat dan nombor telefon bimbit yang aktif digunakan.
  3. Bagi pemohon yang merupakan kakitangan UPSI (bertaraf tetap/sementara/kontrak)  atau Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang sedang berkhidmat di UPSI, permohonan online perlu dibuat menggunakan borang seperti di atas, dan seterusnya pemohon perlu menghantar  surat rasmi menyatakan permohonan jawatan kepada Y. Bhg. Dato' Pendaftar. Hanya surat rasmi ini sahaja yang perlu dihantar tanpa perlu menyertakan sijil-sijil atau borang permohonan. Sila nyatakan nama, nombor pekerja, tempoh lantikan (untuk kakitangan bertaraf kontrak/sementara/PSH), jawatan sekarang dan jawatan yang dipohon di dalam surat berkenaan.



Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia  di talian 05-4506328 (En.Mustafa, Cik Norlina, Pn. Norul) / 6338 ( Pn. Murni) / 6340 (En. Nurul Ashikin) atau e-mel  myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.


E) TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Ogos 2014 (Isnin).

Teknik Menjawab Soalan Temuduga


Rahsia Resume Superstar Dibongkar


Panduan Memikat - Dapatkan Pasangan Hidup Anda!


TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS




















comments | | Read More...

IKLAN JAWATAN KOSONG OGOS 2014 : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1.    Pegawai Sains Biomedikal/ Sains Kajikuman/ Sains Kaji Hayat Gred C52
2.    Pegawai Sains  Biomedikal/Sains Kajikuman/Sains Kajihayat Gred C44
3.    Pegawai Sains  Biomedikal/Sains Kajikuman/Sains Kajihayat Gred C41
4.    Jurutera (Mekanikal) Gred J48
5.    Jurutera (Mekanikal/Biomedikal) Gred J48
6.    Jurutera Sivil Gred J44
7.    Jurutera Biomedikal Gred J44
8.    Jurutera Biomedikal Gred J41
9.    Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
10.  Akauntan Gred W41
11.  Penolong Akauntan Gred W32
12.  Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17
13.  Pembantu Tadbir (P&O) Gred N17 
14.  Pemandu Kenderaan Gred H11  
CARA MEMOHON
(a)    Resume yang lengkap (bergambar) hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah beserta sijil-sijil akademik (PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah) yang telah disahkan. Salinan dokumen hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/ Penghulu /  Ketua Kampung sahaja).

KETUA EKSEKUTIF,
PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 5, MENARA PRISMA PLOT 3C4,
PRESINT 3, PERSIARAN PERDANA,
62675 PUTRAJAYA


(b)    Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing, dan disertakan dengan salinan Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan kenyataan Perkhidmatan yang terkini.

(c)    Pemohon hendaklah tuliskan jawatan yang dipohon diatas sebelah kiri sampul surat.

(d)    Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan  atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.

(e)    Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan
dipanggil untuk temuduga. Pemohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

TARIKH TUTUP IKLAN : 25 OGOS 2014 (ISNIN) JAM 5 PETANG




Teknik Menjawab Soalan Temuduga


Rahsia Resume Superstar Dibongkar


Panduan Memikat - Dapatkan Pasangan Hidup Anda!


TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS



















comments | | Read More...

You need installing adobe flash play to see this.

share

Total Pageviews

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas