pay per click advertising October 2015 - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :

IKLAN KERJA KOSONG OKTOBER 2015 : UiTM CAWANGAN SABAH

Penulis : borneosabahjob on Monday, 26 October 2015 | 20:47

Monday, 26 October 2015

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.


BIL
JAWATAN
GRED
SKIM PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI
KAMPUS
KUMPULAN PELAKSANA
MINIMUM
MAKSIMUM
1
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
U29
Penolong Pegawai Perubatan
RM1,312.00
 -
RM5,173.00

Kota Kinabalu

               


2
JURUTEKNIK KOMPUTER
FT17
Juruteknik Komputer
RM   953.00
 -
RM3,490.00
3
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
S17
Pembantu  Perpustakaan
RM   928.00
-
RM3,375.00
4
PEMBANTU KEMAHIRAN
H17
Pembantu Kemahiran
RM   953.00
-
RM3,490.00
5
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
N17
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)
RM   928.00
-
RM3,375.00
6
PEMANDU
H11
Pemandu Kenderaan
RM   837.00
-
RM2,619.00
7
PENGAWAL KESELAMATAN
KP11
Pengawal Keselamatan
RM   837.00
-
RM 2,619.00
8
PEMBANTU OPERASI
N11
Pembantu Operasi
RM   802.00
 -
RM2,663.00
Tawau




PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(i)             Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini;
(ii)                            Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan;
(iii)                           Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temu duga;
(iv)           Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak Berjaya; dan
(v)                            Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.





CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Sabah di http://www.sabah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran,  Aras 5, Menara Wibawa, Univeristi Teknologi MARA Cawangan Sabah.  Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
Tarikh tutup permohonan adalah pada  9 November 2015 (Isnin).     


Sila kemukakan permohonan kepada:



TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH
BEG BERKUNCI 71
88997 KOTA KINABALU, SABAH
NO.TEL: (088)  513843 / 513846

   















maklumat lanjut berkaitan dengan Iklan jawatan : muat turun di sini
Borang Permohonan : Muat turun Di sini
comments | | Read More...

IKLAN JAWATAN KOSONG OKT 2015 : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Penulis : borneosabahjob on Wednesday, 14 October 2015 | 23:14

Wednesday, 14 October 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan  bagi memohon jawatan-jawatan berikut:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) GRED F29 - (1 KEKOSONGAN)

Kadar Upah : RM72.00 (Sehari) 

Tempoh Perkhidmatan : Tidak melebihi Tiga (3) Bulan


SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan 
jawatan;

2. Memiliki Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan  daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam tempatan atau kelayakan yang  diiktiraf setaraf dengannya;

3. Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.90 ke atas atau yang setaraf  dengannya;

4. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada  peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh Kerajaan; dan

5. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengaturcaraan komputer seperti PHP, NET atau C++.

6. Mempunyai pengetahuan dalam merekabentuk pangkalan data seperti Microsoft  SQL Server atau MySQL.

7. Wajib menduduki ujian pengaturcaraan komputer. Calon-calon yang lulus ujian  sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


2. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) GRED N17 - (3 KEKOSONGAN)

Kadar Upah : RM54.00 (Sehari) 

Tempoh Perkhidmatan : Tidak melebihi Tiga (3) Bulan

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan  jawatan;

2. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada  peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh Kerajaan.
3. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran dan  berpengalaman dalam pengendalian komputer.

CARA MEMOHON:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh  dimuat turun di laman sesawang www.ums.edu.my/ppi ATAU Muat Turun Di sini 

2. Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan dokumen-dokumen  yang disahkan seperti berikut:

a. Salinan Kad Pengenalan;

b. Salinan Sijil Kelahiran;

c. Salinan Sijil Diploma dan transkrip;

d. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia.

3. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:

a. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

b. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;

c. Salinan sijil yang berkaitan tidak disahkan; dan

d. Tidak lengkap atau tidak jelas;

4. Semua permohonan hendaklah disampaikan kepada:


Pengarah,
Pusat Penyelidikan dan Inovasi,
Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu,
SABAH.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23 OKTOBER 2015 (JUMAAT)

6. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Ag. Ismawadi Ag. Jaman, di talian 088- 320000 (Sambungan 1332) atau email ismawadi@ums.edu.my. 


CATATAN AM:

1. Hanya calom-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk  temuduga dan akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau e-mel;
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari  tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya;
3. Sebarang perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini  perlu ditanggung sendiri oleh pemohon.
comments | | Read More...

You need installing adobe flash play to see this.

share

Total Pageviews

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas