pay per click advertising Makluman : Permohonan Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru 2014 ( 30 Mac 2014) - BORNEO SABAH JOB
Iklan Kerja Cepat :
Home » , » Makluman : Permohonan Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru 2014 ( 30 Mac 2014)

Makluman : Permohonan Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru 2014 ( 30 Mac 2014)

Penulis : borneosabahjob on Monday 17 March 2014 | 18:16

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
-Warganegara Malaysia.
-Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2014.
--Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
-Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
-Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris.
-Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON
-Iklan pengambilan guru pada tahun ini dijangka akan diwar-warkan pada 9 Mac 2014 di media massa.
Calon tidak perlu lagi membeli nombor pin di BSN seperti tahun-tahun sebelum ini.

-Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan: http://www.moe.gov.my/ mulai 10 Mac 2014.

-Pemohon dinasihatkan memuat turun e-Panduan: http://www.moe.gov.my/artikelkplspm.pdf bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

-Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.

-Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 MAC 2014 (11.59 MALAM). Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

-Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Rahsia Resume Superstar Dibongkar
Panduan Memikat - Dapatkan Pasangan Hidup Anda!
TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS
Share this article :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

You need installing adobe flash play to see this.

share

Archive

 
Powered by Blogger

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas