Borneo Sabah Job adalah bertujuan untuk mengongsikan peluang-peluang kerja yang terdapat dalam tanah air bagi membantu anak-anak muda borneo untuk merebut peluang pekerjaan yang ada dan memajukan diri, keluarga, dan tanah air.
Borneo Sabah Job adalah pilihan anda yang tepat, MENGAPA: ianya di update setiap hari, maka anda akan menjadi orang pertama mendapatkan maklumat terkini jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan
Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Oktober 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai:
1. Jururawat Pergigian U29 2. Pembantu Belia dan Sukan S17 3. Pengawal Keselamatan KP41 4. Pegawai Teknologi Maklumat F41 5. Pengurus Asrama N41 6. Pegawai Psikologo S41 7. Pegawai Belia dan Sukan S41 8. Juruaudit W41 9. Jurutera J41 10. Juruukur Bahan J41
Jawatan kosong terkini di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Oktober 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai :
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Tarikh tutup permohonan pada 26 Oktober 2014 Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah Sektor : Kerajaan Muat turun iklan jawatan disini
Cara Memohon Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan selanjutnya dibawah.
1. Sila kelaman jobsmalaysia, sila klik disini 2. Pada laman muka depan sila klik pada mohon untuk memohon jawatan yang di iklankan.
Jawatan kosong terkini di Lembaga Koko Malaysia (LKM) November 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Koko Malaysia (LKM) sebagai :
JAWATAN KOSONG – KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU
PEMBANTU TADBIR (P/O) , N17S (LANTIKAN SECARA SAMBILAN)
Tarikh Tutup : 24 Oktober 2014
Kadar Upah Harian : RM 54.00 sehari
Sukacita dimaklumkan, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17S
Syarat Lantikan :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan (d) kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikn komputer dan / atau mengambil trengkas
(f) Lulu enam mata pelajaran termasuk Bahasa melayu dengan dua (2) mata palajaran adalah diperingkat kepujian dan selebihnya dalam satu peperiksaan.
CARA UNTUK MEMOHON
Calon-calon yang berminat boleh memohon dan mengisi borang KKM.SM1/99 Pin 1/2001 yang boleh didapati di KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU JALAN KOLAM , BUKIT PADANG 88300 KOTA KINABALU
TEL : 088 – 238 640
NOTA PENTING
Borang Permohonan akan diedarkan di Kaunter Utama, Bahagian Pengurusan pada hari Jumaat, 17 Oktober 2014 mulai jam 830 pagi.
Hanya permohonan yang melepasi ketetapan syarat lantikan dan membawa dokumen asal seperti di bawah sahaja akan diutamakan dalam pemberian Borang Permohonan 1- Salinan kad pengenalan dan Sijil Pelajaran Malaysia
Setelah mendapat borang, sila hantar borang sebelum 24 Oktober 2014 dan sertakan dokumen sokongan seperti berikut :- a- Sekeping Gambar Berukuran Passport b- Salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-Sijil Persekolahan (SPM / STPM / DIPLOMA ) serta lain-lain dokumen yang telah disahkan benar dari salinan asal c- Butiran Maklumat Peribadi ( Resume) d- Sijil Komputer serta sijil-sijil berkaitan