Wednesday, 5 February 2014

KERJA KOSONG 2014 : POLITEKNIK KOTA KINABALU

IKLAN PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) DI POLITEKNIK KOTA KINABALU

Politeknik Kota Kinabalu ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Pekerja Sambilan Harian
(PSH) seperti berikut :-


Pekerja Sambilan (Lulusan SPM)
Penempatan: Politeknik Kota Kinabalu, Sabah ( 2 Jawatan)
Taraf Jawatan : Sementara (Tempoh kontrak : 3 bulan) dengan option sambungan mengikut keperluan
Kadar Upah : RM54.00 sehari

Calon – calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Sekurang – kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan
  4.  Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
keutamaan ; Mempunyai kebolehan menggunakan komputer


PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT – SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pekerja yamg memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat – syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan – pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON
i. Kemukakan resume yang disertakan gambar berukuran passport ke alamat emel yang tertera seperti berikut :- madinah@polikk.edu.my ;
ii. Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Februari 2014 ( Rabu ). Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iii. Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERTANYAAN
Sebarang persoalan berhubung tawaran ini calon – calon boleh menghubungi Unit Pentadbiran PKK di talian 088-499980.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.