Syarat Lantikan :-
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Sijil dalam bidang Kejuruteraan (Elektrik) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada RM1,417.59]; dan
iv) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my mulai 2.10.2013 (Rabu) hingga 15.10.2013 (Selasa).
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16.10.2013 (Rabu).
PERMOHONAN DITOLAK
Permohonan akan ditolak sekiranya:
i) Tidak lengkap;
ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
iii) Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan.
CATATAN AM
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.