Tuesday, 6 August 2013

Jawatan Kosong : SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang dan Sekolah Sukan Malaysia Kota Kinabalu, Sabah.


Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada:

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 & 7 , Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

 Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.
 Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2013 (Jumaat).

Catatan :Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


arahan muat turun : sila tunggu 5 saat dan Skip Ad selepas anda klik butang muat turun



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.