Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan
ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :
1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH ( SAMBILAN )
a. Jawatan : Guru Pendidikan Agama Islam ( 1 kekosongan )
b. Taraf Jawatan : Sambilan
c. Gaji + Elaun Khidmat Awam (EKA) + Elaun Sara Hidup (ESH) : ( RM 100 sehari )
2. SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan :
i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau
kelayakaan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
ii. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
iii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
iv. Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan
seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon.
Tarikh Tutup: 12 Julai 2013
cara memohon dan maklumat lanjut klik sini
sila tunggu selama 5 saat dan klik skip ad pada paparan atas monitor anda
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.